Saturday, 14 May 2016

Lazada Spin "N" Store 49 Pieces Food Storage Set


Alkisahnya, peti sejuk mula bersepah dan bercampur aduk bekas makanan yang berbagai rupa dan ragam. Maka, puas duk mencari bekas makanan ni. Supaya sedaplah mata memandang tatkala pintu peti sejuk dibuka.

Cari punya cari, (lama juga mencari) nak pulak yang harganya murah, kualiti pun nak lah ok juga kan, akhirnya ketemu dengan bekas Spin "N" Store 49 Pieces Food Storage Set di Lazada.

Mula-mula, terjumpa dengan yang warna penutupnya biru (gambar kanan). Terus jatuh cinta, tapi saja lah pergi klik 'other options', keluarlah si merah (gambar atas), tengok2 lagi murah harganya! RM32!

Walau hati berkenan dengan yang biru, tapi disebabkan harganya yang lebih mahal, RM39, maka si merah lah yang diangkut masuk ke CART. RM7 boleh beli macam-macam tau.



(update, hari ini 14 Mei 2016, kedua2 warna harga sama, RM35)
Jadi, kena lah rajin2 cek selalu dengan Lazada ni, harganya memang sentiasa berubah2.
Setakat hari ini, dah 2 bulan guna, so far so good.

Hah! Lagi 1, jangan terpedaya dengan nombor yang banyak tu, 49 pieces! Ya, memang betul 49 pieces, tetapi termasuk penutup dan stand holder/spinner. Maka, jumlah bekasnya adalah 24. Kena teliti bab ini, takut2 anda terbayangkan 49 bekas dan kecewa di kemudian hari. Hihi.

Kesimpulannya,

What's in the box?
  • 8 bekas 8 oz (~200 g)
  • 8 bekas 16 oz (~400 g)
  • 8 bekas 24 oz (~600 g)
  • 24 penutup satu saiz
  • 1 carousel stand holder

Apa yang best?
    • Ada tanda penyukat di sisi
    • Boleh untuk oven dan peti sejuk
    • Penutup satu saiz, memang memudahkan!
    • Tempat penyimpan boleh putar
    • Comel! 

Yang tak best? Mestilah ada, tak semua benda sempurna.
    • Disebabkan saiznya yang kecil, maka groceries yang bersaiz besar tak sesuai dimuatkan dalamnya. Seperti terung, timun, tembikai (ops!)
    • Nak menutupnya tak semudah seperti dalam video (lihat di bawah), tapi masih boleh ditutup dengan kemas.
    • Tak ada instruction untuk pasang carousel stand holder, tapi disebabkan tak susah mana pun nak pasang, maka dimaafkan lah. 




                                   49Pcs Spin N Store | AsSeenOnTvMalaysia | Asot Malaysia


Ini antara review pelanggan2 di page Lazada, boleh membaca selebihnya di Lazada.
So, selamat menimbang-nimbang ya.





Oh, ya. Kalau anda terima item dalam keadaan rosak, cepat-cepat contact customer service mereka. Setakat pengalaman berurusan dengan mereka, servis mereka boleh tahan bagus. Gunakan hak anda sebagai pengguna bijak, dan gunakan bahasa yang berhemah, insyaAllah mereka akan layan dengan berhemah juga.


Spin "N" Store 49 Pieces Food Storage Set

No comments:

Post a Comment